OBJEKTIF

  • Menjaga Kebajikan Ahli & Masyarakat Dalam Kebajikan Sosial, Ekonomi, Perundangan, Khidmat Nasihat Dll, Menjadi Perantaraan Perhubungan Di Antara Masyarakat Dengan Pihak Kerajaan Dan Swasta Serta Menerima Semua Pengaduan Awam Dan Kepenggunaan Daripada Masyarakat.
  • Memberi Pendidikan, Modal Insan Dan Latihan Yang Berguna Kepada Masyarakat, Menyelesaian Pelbagai Isu Dan Masalah Masyarakat dan Menjadi Salah Sebuah Pertubuhan Yang Berjaya, Maju Dan Berdaya Saing.
  • Menegak Dan Memperjuangkan Syiar Islam Iaitu Agama Rasmi Sesuai Dengan Ajaran Al-quran Dan Al-hadis Serta Menwujudkan Taat Setia Yang Kukuh Dan Tidak Berbelah Bahagi Kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertua Agong, Sultan-sultan Dan Raja-raja Melayu, Kerajaan Dan Pemerintah Dan Mematuhi Perlembagaan Dan Prinsip-prinsip Rukun Negara.
  • Membentuk Anak Bangsa Pelbagai Etnik Dan Budaya Ke Arah Yang Bermoral Dan Beriktikaf Kepada Agama, Bangsa Dan Negara Serta Menganjurkan Pelbagai Kerja Dan Usaha Amal Kebajikan Untuk Faedah Ahli-ahli Serta Masyarakat Malaysia Dan Juga Menjana Ekonomi Di Dalam Pertubuhan Ini.
  • Memupuk Disiplin Diri, Kepimpinan Dan Kecergasan Fizikal Di Kalangan Ahli-ahli Serta Menggalakkan Ahli-ahli Mengisi Waktu Lapang Mereka Dengan Kegiatan Yang Lebih Berfaedah Dan Bermanfaat.
  • Menwujudkan Hubungan Etnik Yang Bersatu Padu Tanpa Mengira Agama, Bangsa, Budaya Dan Sebagainya Dalam Menjadikan Sebuah Negara Malaysia Yang Lebih Harmoni Serta Menjalankan Pelbagai Aktiviti Sosial Yang Berfaedah Di Peringkat Cawangan, Daerah, Negeri Dan Kebangsaan.
  • Menjalankan Kerja-kerja Amal Untuk Mencapai Matlamat Pertubuhan, Memberi Bantuan Kepada Golongan Yang Kurang Berkemampuan Dan Menganjurkan Program Dan Aktiviti Kesihatan Dengan Tujuan Melahirkan Masyarakat Yang Sihat.
  • Mengadakan Program Dan Aktiviti Yang Berunsurkan Pendidikan Bagi Melahirkan Generasi Yang Berkualiti Dan Dapat Menyumbangkan Ke Arah Kemajuan Negara, Memupuk Nilai-nilai Murni Kepada Kanak-kanak Dan Orang-orang Dewasa Bagi Melahirkan Generasi Yang Berhemah Tinggi Dan Menjalankan Program Dan Aktiviti Ke Arah Pembentukan Sahsiah Dan Jati Diri.