KAD DISKAUN MUALANG

PENGASAS MUALANG MALAYSIA TELAH MENGUMUMKAN SEMUA AHLI YANG MEMEGANG KAD KEAHLIAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN MUAFAKAT TERBILANG MALAYSIA AKAN MENIKMATI POTONGAN DISKAUN HARGA DI PELBAGAI SYARIKAT TERPILIH DI SELURUH MALAYSIA. PENGUMUMAN INI DIBUAT SETELAH MENDAPAT PERSETUJUAN MAJORITI AHLI JAWATANKUASA MUALANG MALAYSIA PUSAT PADA 01-07-2018 (AHAD) AGAR IA DAPAT MERINGANKAN BEBAN AHLI-AHLI MUALANG DISELURUH MALAYSIA. 

PASARAN EKONOMI YANG SENTIASA BERUBAH TELAH MENGAKIBATKAN RAMAI GOLONGAN YANG MEMERLUKAN TERHIMPIT DENGAN DESAKAN PASARAN. SEHUBUNGAN ITU, PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA TELAH MENCETUSKAN KAD DISKAUN MUALANG (PRIVILEGE CARD) BAGI MENGIMBANGI DESAKAN PASARAN DAN KELANGSUNGAN HIDUP BAGI AHLI-AHLI PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA. 

ANTARA KEISTIMEWAAN KAD INI ADALAH BOLEH DIGUNAKAN DALAM PERBELANJAAN BARANGAN KEPERLUAN HARIAN, ALATAN SUKAN, ALAT GANTI & SERVIS KENDERAAN, PERHOTELAN, HOMESTAY, BARANGAN KESIHATAN & KECANTIKAN, RESTOREN MAKANAN / MINUMAN, PERKHIDMATAN TUNDA KENDERAAN, SENAMROBIK, GYM FITNESS, PERJALANAN & PERLANCONGAN, BARANGAN & PERALATAN ELEKTRONIK, JUAL BELI KENDERAAN (USED CAR), PERALATAN SECOND HAND DAN LAIN-LAIN. 

POTONGAN DISKAUN INI JUGA TURUT DIPERLUASKAN LAGI KE DALAM PERKHIDMATAN KONTRAKTOR PEMBINAAN AM, HARTANAH, PEMBINAAN RUMAH @ RENOVATION, KEJURUTERAAN ELEKTRIK, MEMBEKAL & PEMASANGAN PENGHAWA DINGIN, MENJUAL & MEMBEKAL MAKANAN / MINUMAN, PAKAIAN, AKSESORI TELEFON, PERALATAN ELEKTRONIK & KOMPUTER, AKSESORI KENDERAAN, BARANGAN LUSUH, PAKAIAN BUNDLE, HASIL TERNAKAN, TANAMAN & PERTANIAN, BOT / KAPAL, JUAL BELI KENDERAAN BARU & LAMA, BARANGAN RUMAH & PERIBADI, MOTORS & MEDIA DAN LAIN-LAIN PERKHIDMATAN.