SEJARAH MUALANG

KERJAYA DALAM BIDANG PERTUBUHAN SEMEMANGNYA PENUH DENGAN CABARAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT SEPERTI MANA YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN, VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERTUBUHAN INI. 

MUALANG MALAYSIA SEBENARNYA TELAH AKTIF SEJAK TAHUN 2006 DENGAN KEAHLIANNYA YANG MERANGKUMI PELBAGAI ETNIK SEPERTI MELAYU, CINA, INDIA DAN LAIN-LAIN. SEBANYAK LIMA KALI PERTUBUHAN INI DIANGKAT KEPADA JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS) OLEH MR. BOSS JOHN TETAPI GAGAL DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. DENGAN USAHA GIGIH MR. BOSS JOHN TELAH BERJAYA MENDAFTAR MUALANG MALAYSIA PADA 06 APRIL 2016.

MUALANG MALAYSIA MEMPUNYAI KELEBIHAN DAN KEUNIKAN TERSENDIRI DARI SEGI PENGURUSAN PENTADBIRAN, ORGANISASI, JAWATANKUASA, PENGWUJUDAN KELAB-KELAB DAN SEBAGAINYA YANG TELAH DIRANCANG SECARA TELITI DAN SPESIFIK OLEH MR. BOSS JOHN. 

LAMBANG ATAU LOGO MUALANG JUGA TELAH DIILHAMKAN OLEH MR. BOSS JOHN PADA TAHUN 2006 YANG MEMPUNYAI MAKSUD TERSURAT DAN TERSIRAT. KEUNIKAN LOGO INI TURUT MELAMBANGKAN PERPADUAN, KESUCIAN, KEMEGAHAN, KEAGUNGAN, KEMULIAAN, KEKUATAN DAN KEBERANIAN BAGI PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA.

TUJUAN MUALANG MALAYSIA INI DITUBUHKAN ADALAH UNTUK MEMBANTU AHLI-AHLI PERTUBUHAN DAN MASYARAKAT DALAM MELIBATKAN HAL-HAL KEBAJIKAN DAN MENYELESAIKAN PELBAGAI MASALAH YANG DIHADAPI DENGAN JAYANYA.

PERTUBUHAN INI JUGA AKAN CUBA MENYELESAIKAN SEMUA PENGADUAN AWAM DAN KEPENGGUNAAN YANG DITERIMA DARIPADA AHLI-AHLI DAN MASYARAKAT AGAR MENCAPAI MISI, VISI DAN OBJEKTIF SEPERTI MANA YANG TELAH DITETAPKAN DI DALAM PERTUBUHAN INI.

MATLAMAT PERTUBUHAN JUGA TURUT DIISTILAHKAN SEBAGAI “DOKTOR MASYARAKAT” DALAM MENYELESAIKAN PELBAGAI ISU ATAU MASALAH YANG DIHADAPI OLEH AHLI DAN MASYARAKAT TIDAK MENGIRA JENIS KAUM, AGAMA DAN BUDAYA. 

APA SAHAJA MASALAH YANG DIHADAPI AKAN DITERIMA OLEH PERTUBUHAN INI DAN AKAN DIRUJUK KEPADA PIHAK SEPATUTNYA SEPERTI JABATAN KERAJAAN, PIHAK PENGGUATKUASA, PIHAK POLITIK, AGENSI SWASTA DAN SEBAGAINYA DALAM MENCAPAI JALAN PENYELESAIAN YANG MAKSIMUM.

OLEH ITU, KAMI JUGA MENYERU KEPADA SEMUA MASYARAKAT SUPAYA BERSAMA-SAMA MENYERTAI PERTUBUHAN INI DALAM MELAKSANAKAN PELBAGAI PROGRAM DAN AKTIVITI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN AHLI-AHLI PERTUBUHAN KHUSUSNYA DAN MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA SECARA AMNYA.